Wednesday, May 30, 2012

Impiana Resort, Cherating, Pahang

Hye uols...
Actually korang jgn igt tajuk di atas menggambarkn aku tgh seronok bercuti...ohtidak....
aku kena berkursus makna kata bekerja...
tp, tempat yg kitoerg berkursus ne besh jugak..mb sebab tepi pantai....
Dan, bagi aku tempat ne besh jugak utk percutiaan keluarga atau mood honeymoon..yea la tepi pantai..sejuk2 gitu...
Tempat ne kalau dr KL amik masa dlm 3-4 jam je..dan korang leh singgah beli kepok lekor..sata....sotong kering..ikan kering..dn macam2 la..
Jom tengok gambar yang sempat di capture..guna handphone je la...Lupe nak bawak camera..

Check out . .

Pantai Cherating di petang hari . .

Antara hiasan landskap di Impiana Resort


Antara nama dewan kuliah di Impiana Resort

Antara menu minum pagi yang ada . .

Kawasan playhouse puwn ada. .

Korang pernah jumpe sign toilet macamne...


Kawasan resort penginapan..

Bilik kuliah..sangat besar dan selesa...


Iklan kaki pulok ...


With my bff . .

Air basuh kaki puwn turut disediakan ..

Di beranda bilik kami...


Dalam bilik resort. .

Cantikkn kami pantai?


Sekian....



Friday, May 25, 2012

Air mata seorang isteri



Gambar hiasan semata-mata
JIKA seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahan lagi. Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan menyerahkan seluruh hati & hidupnya untukmu. Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi. Dia akan menjadi lemah!

Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh kasih sayang & pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu di sepanjang hidupmu walau di saat kau terpuruk terlalu dalam.

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakan pengabdiannya. Mungkin, kerana perbuatanmu, kau merosak kehidupannya. Saat dia menangis di hadapanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat & kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Selamat berhujung minggu


Yeah..Yeahh....sok dh cuti..
Happy weekand uols...


Mesti byk program menarik korang sok..
Mungkin ada yg nak g bercuti ke pulau2 ke..(wah manyak besh la..)
atau balik kampung (ye..ye..jumpe mak ayah tercintan..)
atau ada yg nak pergi jemputan kenduri kawen (yea la cuti skoolkn  musim org kawen)

Ok la..Walau kemana jua destinasi yg korang tuju..
Hati-hati memandu ok...

Cadang nak bawak mia g tempat kt bawah ne..Tengok kwn2 bawak anak2 kt situ cm besh je..Amcam papa??Kalau ok..kasi angguk itu kepala..


Wednesday, May 23, 2012

Tips kebahagiaan dalam rumahtangga


Gambar Hiasan

Ada kalanya kasih sayang diuji dalam hubungan antara lelaki dan perempuan.
Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Hanya yang kuat, tabah dan tidak kenal erti putus asa akan menikmati kebahagiaan hingga ke akhir hayat perhubungan mereka.
Dalam soal memupuk kebahagiaan, ada pendapat mengatakan pasangan harus menempuh beberapa fasa dalam rumah tangga.

Berikut beberapa petua untuk pasangan mengekalkan kebahagiaan.
  
  • Tunjukkan sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata atau perbuatan seperti pelukan.
  • Jauhi ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.
  • Apabila terlalu marah, kawal diri anda. Beristighfar dan bersalawat serta berwuduk.
  • Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami tiada sesiapa terlepas melakukan kesilapan.
  • Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali saat manis dulu atau ajak isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat indah.
  • Jangan merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
  • Jangan memuji wanita lain di depan atau belakang isteri.
  • Hargai dan beri pujian kepada pengorbanan isteri.
  • Bantu isteri melakukan kerja seharian di rumah seperti memasak dan mengemas.
  • Fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan serta kesihatan isteri terutama ketika haid dan mengandung.
  • Beri bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
  • Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
  • Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat suaminya. Bagi mengeratkan lagi jalinan kasih, berikut adalah perisa untuk menambah kebahagiaan yang didamba.
  • Bisikkan kasih sayang dari semasa ke semasa.
  • Buktikan kasih sayang daripada suami seperti hadiah dan penghargaan, senyuman, perbualan mesra dan gurauan.
  • Kerjasama mendidik anak, menyelesaikan masalah dan hal lain
  • Monday, May 21, 2012

    Mia Sara Nasuha yg cumilll

    Giler comel mia sara nasuha ne..Sejuk perut ibu mengandung...Aku adalah salah satu peminat mia..Sbb tu nak gak letak nama Mia kat nama anak...Konon nak anak cumil cm mia sara..


    Wokey la...Jom kite layan wajah2 comel mia sara . .





    Sunday, May 20, 2012

    Selamat Datang Bulan Rejab :)

    Kelebihan Bulan Rejab
    Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

    “Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

    Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

    1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

    2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

    3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

    4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

    5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

    6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

    7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

    8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

    9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

    10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

    a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

    b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

    c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

    11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

    12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

    Nota kaki : Ko zana ada hutang puasa Ramadhan lagi 3 hari ne..Bile mau ganti. Kena cepat2 ganti ne. Sempat kn?Dah masuk bulan rejab ne..pastu syaaban dan dh datang bulan Ramadhan 1433h. Pada kawan2 kt luar sana...jgn jadi cm aku...last minute br nak ganti posa...

    Saturday, May 19, 2012

    Selamat Hari Tua..Nur Fauzana!!!

    Hari ne 20 Mei 2012 genap umur aku 29 thn..tua dh rupenye aku ne..igt muda lg pe...29 ok..bukan 19 ...cepat tul masa berjalan dn umur2 muda meninggalkn aku...hurm thn ne last la dpt rasa umur 2 series..pasne tinggal kenangan je la..dn selamat dtg umur 3series...arghh...cm xcaya jek kn..pang sekali tgk...ok..caya..caya...

    Alhamdulillah..di umur 29 ini..aku telah punyai suami dn anak (br sorang la..xleh letak double anak lagi..) yg sentiasa setia disisi...dikala ku dalam keadaan normal atau tak normal...tak normal tu cm demam dn xsihat la gitu..atau tgh stress ke apa..jgn igt aku giler plak..hehe...apa2 je la ko ne zana..hurm..tp, diam xdiam 3 thn dh kite kawen dn masa tuk kite merancang next bb mungkin pa..insyaALLAH..korang doakn la yea..ada la mia kawan nnti..

    Syukur sgt2 juge kerana sehingga hari ne..Allah memberikn aku peluang tuk bersama kwn2 di FELDA Technoplant..yea la..7 thn jugak la aku berada di sini..dn 7 thn jugakla aku setia di jabatan tenaga kerja bagi menjalankn kewajipan aku sebagai seorang pekerja..Semoga aku lebih rajin dn maju selepas ini..xmo malas2 ok..potong gaji kang..br ko tau..hehe.. ..

    Sangat2 ku bersyukur dn berterima kasih kepada kedua ibubapa ku...omak yg melahirkan dn membesarkn ku dengan susah payahnya (dh jadi ibu ne..br la tahu dn sedar pengorbanan seorang ibu..igt mudah jadi ibu ne..) dan apakku tercintan yg berkorban apa sj untuk membesarkn dn menjadikn aku insan yg berguna..jasa kalian takkn dapat ku balas...Kasih omak membawa ke syurga...kasihnya apak berkorban nyawa..sob..sob...touching pulak..love u all forever...

    Ok la..macam buat surat cinta lak panjang lebar ne..boring plak korg baca....

    ok la..sebagai penutup tirai....aku harap aku lebih matang dlm mengharungi liku2 kehidupan yg sentiasa mencabar...nak jadi isteri dn ibu yg terbaik...dan nak jadi pekerja yg rajin dn bekerja dengan lebih baik..serta paling penting sentiasa cuba untuk perbaiki diri untuk menjadi hamba ALLAH yg taat..beriman dn solehah..mudah-mudahan...aku lebih berubah kepada yg lebih baik..Amin...

    Thank you uols dan kak zana sayaaaang semua...;)

    Friday, May 18, 2012

    Tazkirah Hari Jumaat - 4 Tanda Hidup Tak Berkat

    Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzu...billah

    Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

    1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
    Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

    2. Buat kerja, tak siap.
    Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

    3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
    Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

    4. Masa habis dengan sia-sia.
    Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

    Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

    Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

    Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga

    Wednesday, May 16, 2012

    MiA saya sudah 2 thn 4 bln

    Hurm..pagi2 ne sj nak bercerita tentang anak dara aku sorang ne..yea la baru sorang je anak aku buat masa ne...

    Diam tak diam anak dara aku dh 2 tahun 4 bulan . .Memang nampak perkembangan die..yea la dh semakin membesar anak dara ku sorang ne....mulut dh semakin byk bunyi..tp, dua 3 patah je la...contoh

    "boleh la papa....boleh la..."
    "mana mama...mana papa..."
    "nak susu...nak susu la..."

    tp...die kurang nak makan nasik la..time nak makan..nak makan..time xnak..xnaaak makan..risau mak....:(

    Balik muar last week puwn..dh xberkepit sgt ngan aku atau papanya...Main ngan cousin2 die...bebas berlari ke sana ke mari..dan aku memerhatikan die sesekali...die rapat ngan kak uyien die . .Pompuan kn..mesti la geng die pompuan gak...Klu die datang kat aku puwn time die dh penat @ ngantuk nak tido @ time nak susu atau lapar....So, aku boleh la jugak membantu apa yg patut...Memang byk kije nak buat bile time kenduri kawen ne...

    Hurm..bile die dh besar gini..tengok balik gambar dan video masa die baby..terasa sgt rinduuuuuuuuuu waktu itu..mesti mau plan cepat tmbh baby ne..insyaALLAH thn depan kot...korang doa2kn la ye...

    yeah......
    Sesudah subuh terus cabut balik muar..tp,semapt singgah minum kat RnR melaka

    Mia sangap

    Hurm...mana nasi goreng sy ne..dh lapar ne...

    Balik isnin 14/05/2012 tu sempat pekena mee bandung muar...so, si mia makan satay je..tu puwn mkn main2 aje..sedih mak..

    
    

    Majlis Perkahwinan My Sil

    Alhamdulillah..majlis perkahwinan my sil last week berjalan dengan lancarnya. Xmo cete panjang..kite tengok gambar di sepanjang majlis perkahwinan my sil pada 12 dan 13 Mei lalu .

    Zassssssssssssssssss....
    
    Debaran sebelum dinikahkan
    
    
    
    Hantaran dari pihak lelaki

    
     
    
    Hantaran dari pihak perempuan
    
    
    

    
    Batal air sembayang dengan hadiah sebentuk cincin
    
    
    Pengantin di arak ke pelamin
     
    
    Majlis bersanding sebelah lelaki
    
    Kami xmo lepaskan peluang bergambar bersama pengantin
    
    Sepupu mia..Qaseh Humaira
    
    Mia yg dh keletihan
    





     Dan, pengantin lemau.....
    

    
    
    
    
    
    
    





    

    

    Tuesday, May 8, 2012

    Ye..Ye...Nak balik kampung . .

    Mau balik kampung petang ne..
    Cuti dari esok hingga Isnin...ada kenduri my sil sabtu ne...
    Yahuuuuuuuuuuuu........

    
    
    Suka mia kau...
     

    Friday, May 4, 2012

    Pesta Buku Terbesar di PWTC

    Korang suke membaca? Aku suka membaca gak baik buku mahupun majalah...Korang puwn lagi la kn...Org kata membaca jambatan ilmu..Tp, aku ne xla sampai digelar ulat buku..Masa aku agak terhad kerana aku adalah isteri dan ibu yang bekerjaya. So,klu ada masa terluang aku akan amik peluang untuk membaca.

    So, pada kawan-kawan di luar sana..Jemputlah datang beramai-ramai ke PWTC pada 27 April - 6 Mei 2012..Pesta buku terbesar di Malaysia ne..So, banyak buku dan majalah yg boleh kite perolehi disana...



    Tp, semalam aku hanya dapat sambar beberapa buku aje...Aku beli buku keluaran krangkraf mengenai ilmu keibubapaan..Almaklumlah anak dh 2 thn..makin die besar...pasti makin mencabar utk kite didik mereka...So, satu buku tu..ada panduan untuk umur anak dari lahir hingga 6 tahun...(Belum baca lg..)Pastu, beli jugak buku untuk puteri tercinta..Buku cerita (aku yg akan jadi pencerita kejap...) juge colouring+sticker book. . Aku mmg suka belikn die buku..wpun die baru 2 thn..dn masih belum pandai menghargai buku..Selalu koyak je buku yg aku beli...dan ada juge buku yg masih elok..Tp, aku tetap suke belikn die buku..Konon nak beri die pendedahan awal tentang buku..Poyo je kn...So, smlm dapatlah beli beberapa buku/majalah seperti di bawah.

    Thursday, May 3, 2012

    Jumaat datang lagi . .

    Assalamualaikum w.b.t . .(Baik pulak ko bg salam..selalu xreti bg salam..)

    Hari ne kn Hari Jumaat...Moga apa kije yg aku buat hari ne diberkati Allah swt. .pg ne xde stori besh lg...So, korang layankn je la..muka syok sendiri kt bawah ne..HuHu...






    Dah la ek..Muntah hijau korang..tengok muka budget cun perasantan ne..

    So, Selamat Hari Jumaat dan Selamat bekerja...

    Rajin2 yea kije hari ne..pasal esok dh cuti...

    Yabedabeduuuu.....:)

    Wednesday, May 2, 2012

    Lambat bertutur, Adakah Si Manja Anda Normal?



    Anak anda sudah menjangkau usia tiga tahun tetapi masih belum bertutur? Mungkin dia mampu melafazkan beberapa perkataan tetapi masih jauh ketinggalan jika dibandingkan kanak-kanak seusianya yang lain. Adakah ini normal atau satu isyarat lain yang mana anda perlukan pandangan pakar?


    Tahap perkembangan pertuturan si manja biasanya siring dengan peningkatan usianya atau sebaliknya. Jadi, penting untuk para ibu bapa mengenal pasti keupayaan anak bertutur agar si kecil seiring perkembangannya. Sebagai insan paling rapat dengan mereka, sudah tentu anda boleh merasakan sesuatu jika ada yang ‘kurang’ pada anak ini. Jadi, lebih mudah untuk ibu bapa membincangkan dan mendapatkan pandangan pakar tentang teknik meningkatkan keupayaan komunikasi kanak-kanak ini.


    Bagaimana cara menilai keupayaan kanak-kanak ini bertutur atau berkomunikasi? Berikut beberapa panduan yang boleh membantu anda :


    Sebelum 12 Bulan
    Sangat penting untuk anda mengenal pasti sama ada si manja anda sedang menggunakan suara mereka untuk berhubung dengan persekitarannya. Berdekut (bercakap secara lembut) dan mengagah adalah peringkat awal perkembangan pertuturan si manja. Apabila semakin membesar (sekitar 9 bulan), bayi anda mula menggabungkan bunyi yang dihasilkan seperti “mama” dan “papa” (walaupun masih belum benar-benar memahami perkataan yang dilafazkan itu).


    Dalam usia ini juga si manja anda perlu peka kepada bunyi dan mula mengenali nama-nama objek yang biasa diperhatikannya seperti botol susu dan puting. Bayi yang bersungguh-sungguh memerhati tetapi tidak bertindak balas kepada bunyi yang terhasil menunjukkan tanda-tanda hilang pendengaran.


    Dari 12 Hingga 15 Bulan
    Dalam usia sebegini si manja perlu menghasilkan pelbagai bunyi pertuturan ketika diagah seperti p, b, m, d, atau n. Mereka mula meniru bunyi yang lebih kurang dengan perkataan yang diucapkan oleh ahli keluarganya. Biasanya satu atau lebih perkataan yang diucapkannya (tidak termasuk “mama” dan “papa”) secara spontan. Kata nama seperti “bayi” dan “bola” adalah perkataan awal si manja. Anak anda juga berupaya untuk memahami dan mengikut arahan mudah seperti “berikan mama bola itu.”


    Dari 18 Hingga 24 Bulan
    Keupayaan kanak-kanak adalah pelbagai. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 18 bulan mampu menyebut 20 perkataan. Apabila menginjak usia dua tahun pula mereka boleh menyebut 50 perkataan atau lebih.


    Sewaktu di usia dua tahun si manja anda mula menggabungkan dua perkataan untuk membuat ayat-ayat yang mudah seperti “baby menangis“ atau “lori besar.”


    Dari 3 Hingga 4 Tahun
    Ibu bapa sering menjadi saksi kebijaksanaan anak-anak menggunakan perkataan dalam komunikasi mereka. Perbendaharaan kata kanak-kanak di usia ini perlu menunjukkan peningkatan seiring dengan kefahamannya .


    Pada usia tiga tahun, anak anda perlu memahami maksud “letak cawan itu di atas meja” atau “simpan permainan itu di bawah katil.” Anak anda juga harus tahu mengenal pasti warna dan memahami konsep deskriptif seperti; banyak berbanding sedikit.


    Perbezaan Pertuturan Dan Bahasa
    Pertuturan: Ungkapan bahasa lisan yang jelas bunyinya di mana bunyi dan perkataan terbentuk. Bahasa: Lebih luas dan merujuk kepada seluruh sistem penyataan dan penerimaan maklumat dengan cara yang bermakna. Ia memahami dan difahami melalui komunikasi lisan, bukan lisan dan bertulis.


    Si manja mungkin bermasalah jika...
    • Tidak menggunakan gerak isyarat, seperti menunjuk atau melambai selamat tinggal ketika usianya sudah menjangkau 12 bulan.
    • Lebih gemar membuat gerak isyarat berbanding lisan dalam komunikasi meskipun usianya telah menginjak 18 bulan.
    • Memiliki masalah untuk meniru bunyi sewaktu usianya menjangkau 18 bulan.
    • Mempunyai kesukaran memahami permintaan lisan yang mudah.
    • Hanya mampu meniru ucapan atau tindakan orang lain dan tidak mengeluarkan perkataan atau frasa secara spontan.
    • Hanya menghasilkan bunyi atau perkataan-perkataan tertentu secara berulang kali dan tidak boleh menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi dengan serta-merta.
    • Tidak mampu mengikut arahan mudah.
    • Mengeluarkan nada yang luar biasa (seperti berbunyi parau atau dari hidung).


    Punca Lambat Bercakap
    Banyak faktor yang boleh menyebabkan si manja lambat bercakap dan lemah perkembangan bahasanya. Antaranya mungkin disebabkan oleh gangguan secara lisan, seperti masalah dengan lidah atau lelangit. ‘Frenulum’ (tali lidah) pendek juga boleh mengehadkan pergerakan lidah untuk bercakap.


    Kebanyakan kanak-kanak lambat bercakap adalah disebabkan oleh masalah motor-oral, bermakna ada komunikasi di kawasan otak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan percakapan mereka tidak cekap. Mereka menghadapi kesukaran menggunakan dan menyelaras bibir, lidah dan rahang untuk menghasilkan bunyi pertuturan. Ucapan mungkin satu-satunya masalah atau boleh diiringi dengan masalah motor-oral lain seperti kesukaran menyusu.


    Masalah pendengaran juga biasanya berkaitan dengan percakapan yang lewat. Sebab itulah pendengaran kanak-kanak perlu diuji oleh seorang ahli audiologi apabila timbulnya masalah pertuturan. Di kalangan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran mungkin mempunyai masalah untuk menjelaskan, memahami, meniru dan menggunakan bahasa.


    Jangkitan telinga (jangkitan kronik) boleh menjejaskan keupayaan pendengaran. Jangkitan telinga yang ringan perlu diberi rawatan segera. Jika tidak, masalah ini boleh meninggalkan kesan kepada pertuturannya.


    Rawatan
    Jika doktor anda merasakan bahawa si manja mempunyai masalah pertuturan, penilaian awal oleh seorang pakar patologi pertuturan bahasa adalah amat penting. Sekurang-kurangnya, menerusi pemeriksaan terperinci daripada seorang pakar ia boleh meredakan kebimbangan anda.


    Jika anda tidak tahu untuk mencari ahli patologi pertuturan bahasa sendiri, sila bertanya kepada doktor yang biasa memeriksa kesihatan anak anda. Mereka boleh membantu mendapatkan seorang pakar bertauliah untuk rujukan anda.


    Dalam menjalankan penilaian, patologi pertuturan bahasa ini akan meneliti pengucapan kanak-kanak yang bermasalah dan menilai kemahiran bahasa dalam konteks pembangunan jumlah. Patologi pertuturan bahasa juga akan menjalankan ujian dan skala yang seragam. Mereka akan berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah pertuturan dan perkembangan bahasa pesakit.


    Pakar patologi pertuturan bahasa juga akan menilai :
    • Sejauh mana pemahaman si manja anda (Receptive Language)
    • Perkataan yang boleh dilafazkan oleh anak anda (Expressive Language)
    • Sama ada anak anda sedang cuba untuk berkomunikasi dengan cara lain seperti; menunjuk, menganggukkan kepala, isyarat dan sebagainya.
    • Perkembangan bunyi dan kejelasan pertuturannya.
    • Status motor-oralnya (sama ada mulut, lidah, lelangit dan sebagainya berfungsi seiring sewaktu bercakap, makan dan menelan)
    • Jika pakar patologi mendapati anak anda memerlukan terapi pertuturan, kerjasama anda adalah sangat penting. Anda perlu memerhatikan sewaktu sesi terapi dilakukan dan belajar untuk menyertai proses tersebut. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara yang anda boleh lakukan dalam membantu perkembangan pertuturan anak anda di rumah.


    Apa Yang Anda Boleh Lakukan?
    Menghabiskan banyak masa berkomunikasi dengan anak anda seperti ceramah, menyanyi dan menggalakkannya meniru bunyi dan gaya badan.


    Membaca untuk anak anda, bermula seawal 6 bulan. Anda tidak perlu menghabiskan seluruh buku, tetapi mencari buku lembut bergambar yang bersesuaian dengan umurnya bagi menggalakkan si manja untuk melihat semasa anda menamakan setiap gambar yang terdapat dalam buku tersebut. Cuba mulakannya dengan buku-buku klasik (seperti Pat the Bunny) di mana si manja boleh meniru pergerakan menepuk atau menyentuh buku yang mempunyai tekstur. Kemudian, biarkan anak anda biasa dengan gambar-gambar yang dilihatnya itu dan cuba untuk menamakannya. Si manja anda mungkin mula menghafal cerita kegemarannya.


    Gunakan situasi harian untuk memperkukuhkan ucapan serta bahasa anak anda. Dalam erti kata lain, bercakap dengannya sepanjang hari. Contohnya; nama makanan, nama kedai runcit, terangkan apa yang anda lakukan apabila anda memasak makanan atau membersihkan bilik, titik objek di sekitar rumah dan kerap bertanyakan soalan kepada si manja. Bualkan perkara-perkara yang mudah dan jangan sesekali menggunakan ‘bahasa bayi.’


    Sumber : http://pama.karangkraf.com/

    Tuesday, May 1, 2012

    Damia Lagi . .

    Takde stori..just layankn aje..pic mia sana sini situ....huhu...:)



    
    Teringin sgt nak naik basikal kak uyin die..Papa nak kena beli satu ne...
    
    Dh besar ne..klu nampak menatang ne mesti nk kena singgah...

    
    Dua tiga menjak ne suka lak masuk jari lam mulut . .
    
    Saya suka makan ceklat..cm mama die..hantu ceklat...

    
    xmasuk token puwn xpea..janji dapat naik...
    
    Main belon sampai melekit lantai rumah...