Wednesday, March 14, 2012

Hikmah menjadi seorang isteri . .

 Kebanyakkan kaum-kaum isteri hari ini adalah  isteri-isteri yang bekerjaya...terutama yang tinggal di bandar-bandar. Tuntutan kewangan membuat kaum-kaum isteri turut sama membantu kaum suami untuk menambahkan lagi ekonomi keluarga.

 Olehitu, aktiviti seharian seorang isteri pula takkan sunyi dengan dengan tugas-tugas harian samada di rumah mahupun di pejabat. Adakalanya kita mengeluh dn adakalnya kite baik-baik aje.

Bagi isteri dan ibu bekerja akan bangun seawal 5 - 6 pagi . Siapkan sarapan untuk bekalan anak ke nursery/rumah pengasuh (macam aku nenek damia jaga dn biasanya aku bekalkn die makanan..pasal xmo nyusahkan mak aku..lgpun damia xreti dok diam..xterkejar mak aku...) atau ke sekolah. Kemudian bersiap-siap nak ke tempat kije pulak. Selesai tugasan di pejabat tugasan di rumah pulak menanti...masak untuk makan malam . .basuh kain..lipat kain...basuh pinggan mangkuk..sapu sampah..Dan, akhirnya bila anak-anak dah tido baru la boleh lelapkan mata. Begitu la untuk esoknya dan hari-hari berikutnya. Macam aku..aku bersyukur..sbb suami ku ada masanya turut membantu menguruskan urusan-urusan dirumah...macam lipat kain..sidai kain...dan macam-macam la..

Lantaran itu, Allah swt menjanjikan ganjaran pahala kepada kite kaum-kaum isteri dan ibu. Antaranya . .


 1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang
sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri
berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Huh..bila baca fadhilat-fadhilat di atas buat aku semangat nak jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk keluarga ku..InsyaALLAH...


No comments:

Post a Comment