Thursday, February 2, 2012

Kenduri Aqiqah dan Ulangtahun ke-2 Damia

Selesai sudah kenduri aqiqah dn ulangthn ke-2 Damia 29 Januari 2012 ari tu. Syukur alhamdulillah..nazar aku nak wat aqiqah dh tertunai. Sejauh mana kefahaman kita tentang Aqiqah..Jom tengok kat bawah ne . . 


Apakah Hukum AQIQAH?
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.(Kes aku wajib pasal aku dh bernazar)

Apa yang dimaksudkan dengan AQIQAH?

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." - Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah

Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan. 

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak. 

Ok..dah faham berkenaan aqiqah..Jom kite layan gambar-gambar mia masa kenduri tu . . Check Out....


Yang diraikan..Nur Faqihah Damia. .


Antara tetamu yang hadir...terdiri dari sedara mara dan kawan-kawan ..


Besday girl tersenyum riang ..

Potong kek malam b4 kenduri..pakai bj kt umah aje....


Menu malam tu : Bee Hun sup mama dan rendang ayam nenek


Antara kawan Damia yang datang...eh kecik2 dh ada kawan rapat...


Kumpulan Marhaban Hidayah..Terbaaaikkk laa......


Damia yang sedang mengambil laporan...



Antara hadiah-hadiah yang Damia dapat..Teirma Kasih semua...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Dan, bile selesai kenduri...dia keletihan dan terus tido.....


 



No comments:

Post a Comment