Wednesday, April 11, 2012

Amalam Malam Jumaat

Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang mesti kita lakukan dalam usaha kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT.Di dalam kita melaksanakan segala amal ibadah yang dianjurkan,janganlah kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan.Jadikanlah keutamaan yang ada dalam setiap amalan itu merupakan motivasi untuk kita mempertingkatkan lagi mutu ibadah kita.Yang paling penting kita mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Diantara amalan-amalan malam Jumaat yang perlu kita lakukan adalah:

1.MEMBACA SURAH AL-KAHFI
Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu,diampuni Allah dosanya dari Jumaat ke Jumaat (ia diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat).Sabda Rasulullah SAW:“Dari Abu Said Al-Khudri ra.dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat,maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.”Dan pada suatu riwayat lain:“Diampuni oleh Allah dosanya antara Jumaat hingga ke Jumaat yang lain.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)

2.MEMBACA SURAH YAASIN.
Dari Abu Hurairah ra.sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:“Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”Dalam hadis lain Rasulullah SAW menjelaskan keutamaan surah Yaasin tersebut:“Siapa yang membaca surah Yaasin dengan tulus ikhlas kerana Allah,maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu,maka bacakanlah pada orang-orang yang akan mati (atau orang yang telah mati )”(HR Baihaqi)

3.MEMPERBANYAKKAN ZIKIR,DOA DAN SELAWAT.
Banyak sekali hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi ini,baik berhubung dengan keutamaannya,atau anjuran membacanya.Di antaranya:Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra.sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku,Allah berselawat (member rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:


“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat,ialah orang yang paling banyak megucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi )

Dari Abu Hurairah ra.ia berkata Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku,kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku,dimana kamu berada.” (HR Abu Daud)

Dari Aus bin Aus ra.ia berkata,Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya hari yang paling afdhal bagi kamu ialah hari Jumaat,oleh kerana itu perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu.Sebabnya selawat kamu ucapkan itu akan dinampakkan kepadaku.Maka mereka berkata :Wahai Rasulullah bagaimana selawat yang kami baca itu jelas bagimu,padahal(nanti) (jasad kasar) kamu sudah hancur.Baginda bersabda :Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi (memakan) atas jasad para Ambiya (nabi-nabi).” (HR Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah dengan isnad-isnad sahih)

4.SOLAT MALAM JUMAAT.
Mendirikan Solat Jumaat adalah antara waktu Maghrib dan Isyak dengan 12 rakaat.Tiap dua rakaat dengan satu malam.
a)Lafaz niat:
“Sahaja aku solat dua rakaat sunat kerana Allah Taala.”
b)Rakaat pertama selepas doa iftitah,baca al-Fatihah dan kemudian baca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
c)Rakaat kedua selepas al-Fatihah jug abaca surah al-Ikhlas 11 kali.
d)Dirikanlah solat tersebut hingga cukup 12 rakaat.

5.QIYAMULLAIL (SOLAT MALAM)
Qiyamullail iaitu bangun pada malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.Kemudian bermunajat kepada-NYA untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat sunat seperti solat sunat tahajjud,solat sunat tasbih,solat sunat taubat,solat sunat hajat,solat sunat witir serta solat-solat sunat yang lain.Oleh itu banyakkanlah berzikir,bertasbih,bertahmid dan bertakbir,serta memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT.Di antara ayat-ayat al-Quran yang menerangkan Qiyamullail iaitu:Firman Allah SWT ertinya:“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri (Solat) kurang daripada dua pertiga malam atau seperdua malam atau sepertiganya dan demikian pula segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu.”Firman Allah SWT ertinya: “Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk tuhan mereka.Dan orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami,jauhkan azab jahanam daripada kami,sesungguhnya azab itu adalah kebinasaan yang kekal.”


Nota : Biasa aku dn suami mengamalkan bacaan Surah Yasin selepas solat magrib..tp,kadang terlepas gak..Moga selepas ini kami lebih beringat dan cuba untuk mengamalkan membaca Surah Yasin pada malam Jumaat dan amalan2 lain seperti di atas..Mudah-mudahan....

No comments:

Post a Comment