Friday, March 30, 2012
Mia di Zoo Negara
Weekand lepas bawak MIA g Zoo Negara...Actually dkt je nagn umah aku..tp, ada je halangan nak g sebelum ne..So, umur MIA 2 thn 2 bulan br la dpt g...Sebelum ne MIA asyik tengok binatang dalam tv dn buku je...sian mia...So, ari tu dapatla die tengok binatang2 ne secara live..Budak2 kn suka tengok binatang..cm kucing...kuda...burung..dan macam-macam lagi..So, jom kite tengok aksi-aksi Mia kat Zoo...
Thursday, March 22, 2012
Sayang Emak . .
Emak
Matahari berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya.!
Kerna apa tanyaku?
Jawabnya..
Kerna dia hanya menerangi dunia ini
Pada kesiangan saja
Tapi emak menerangi hidup anak²
Sepanjang masa, menembusi ruang kehidupan ini sepanjang zaman
Emak
Pepohon yang merendang berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya.!
Kerna apa tanyaku?
Jawabnya?..
Kerna dia hanya meredupkan kehangatan
Insan yang berteduh dibawah pepohonnya
Tapi emak meredupkan kehangatan
Hidup yang penuh pancaroba
Meredakan kekusutan hati dan akal anak² yang emak kasihi
Emak
Emas dan batu permata;berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya.!
Kerna apa tanyaku?
Kerna ia hanya lambang kekayaan
lambang kemewahan
tapi emak adalah lambang kasih
lambang sayang
lambang cinta
lambang kemuliaan
lambang pengorbanan sejati anak²mu
Emak
Manis gula dan masinnya garam berbisik padaku..
Emak lebih mulia darinya..!
Kerna apa tanyaku?
Jawabnya...
Kerna dia hanya menambah nikmat sesuap makanan
dan lazat secangkir minuman
Tapi emak mampu menawarkan bisa kedukaan dan penderitaan
melazatkan keriangan dan menambah kecintaan
kepada kehidupan anak² yang emak kasihi
setiap masa dan ketika sambil bila-bila
Emak...
Angin yang bertiup berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya!!!
Kerna apa tanyaku?
Jawabnya...
Kerna dia tidak mampu sepanjang masa bertiup perlahan
bagi menenangkan keadaan
kerna ada waktunya ia menjadi badai dan taufan
merobek kesejahteraan dan kebahagiaan insan
Tapi emak sepanjang masa meleraikan kekusutan
menenangkan jiwa anak²mu
sesepoi bahasa bayu, menyemai rasa cinta dan sayang sejati anak²mu
Emak...
mulianya dirimu....
Membenarkan kata²
syurga itu ditelapak kaki ibu..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Buat emakku Normah Hj. Miat terima kasih tak terhingga kerana mengandungkn ku selama 9 bulan...melahirkn ku dengan susah payah...membesar..menjaga dan mendidik ku dengan penuh kelembutan dan kasih sayangmu.....
Kini aku telah menjadi ibu seperti mu...dan ku tahu betapa payah dan besarnya pengorbanan dan tanggungjawab seorang ibu...
Sesungguhnya jasamu takkan dapat ku balas dengan wang ringgit...Moga ikatan kasih antara kita akan berpanjangan selamanya....
Thursday, March 15, 2012
Coretan Di Petang Hari Jumaat. .
Buat Anakku Nur Faqihah Damia,
Tiba-tiba mama teringat sgt kt awk . .
Mama geram nak cium pipi awak banyak kali...
Mama teringin nak peluk awak lama-lama lagi..
Mama rindu nak tengok gelagat awak lagi . .Nak main sama-sama dengan awk...
Mama nak makan sama-sama dengan awak..awak suap mama..mama suap awak...
Alangkah seronoknye jika mama dapat jaga awak sepenuhnya..tapi, nak wat cmne mama kena bekerja untuk besarkan damia....
Apa2pun mama teramat-amat sayangkan awak..Cintakan awak...Nur Faqihah Damia...
Doa dan harapan mama...Moga bile besar nnti awk jadi...
Anak dan insan yang berguna...
Anak yang mendengar kata dan hormat org yang lebih tua...
Rajin belajar dalam mencapai cita-cita mu nnti..
Rajin solat dan mengaji Al-Quran...disamping jadi anak yg solehah...
Rajin solat dan mengaji Al-Quran...disamping jadi anak yg solehah...
Dan yang paling penting bila mama dah tiada nanti..awak selalu sedekahkan surah yasin untuk mama . .
Daripada,
Mama Yang Sentiasa Menyayangimu..
p/s : tunggu yea...jap g mama balik....
p/s : tunggu yea...jap g mama balik....
Mia dan barbie . .(hadiah besday dari aunty farah..)
Wednesday, March 14, 2012
Hikmah menjadi seorang isteri . .
Kebanyakkan
kaum-kaum isteri hari ini adalah isteri-isteri yang
bekerjaya...terutama yang tinggal di bandar-bandar. Tuntutan kewangan
membuat kaum-kaum isteri turut sama membantu kaum suami untuk menambahkan lagi ekonomi keluarga.
Olehitu, aktiviti seharian seorang isteri pula takkan sunyi dengan dengan tugas-tugas harian samada di rumah mahupun di pejabat. Adakalanya kita mengeluh dn adakalnya kite baik-baik aje.
Bagi isteri dan ibu bekerja akan bangun seawal 5 - 6 pagi . Siapkan sarapan untuk bekalan anak ke nursery/rumah pengasuh (macam aku nenek damia jaga dn biasanya aku bekalkn die makanan..pasal xmo nyusahkan mak aku..lgpun damia xreti dok diam..xterkejar mak aku...) atau ke sekolah. Kemudian bersiap-siap nak ke tempat kije pulak. Selesai tugasan di pejabat tugasan di rumah pulak menanti...masak untuk makan malam . .basuh kain..lipat kain...basuh pinggan mangkuk..sapu sampah..Dan, akhirnya bila anak-anak dah tido baru la boleh lelapkan mata. Begitu la untuk esoknya dan hari-hari berikutnya. Macam aku..aku bersyukur..sbb suami ku ada masanya turut membantu menguruskan urusan-urusan dirumah...macam lipat kain..sidai kain...dan macam-macam la..
Lantaran itu, Allah swt menjanjikan ganjaran pahala kepada kite kaum-kaum isteri dan ibu. Antaranya . .
1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid
5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin
6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang
sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri
berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.
7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah
8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid
5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin
6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang
sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri
berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.
7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah
8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!
Huh..bila baca fadhilat-fadhilat di atas buat aku semangat nak jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk keluarga ku..InsyaALLAH...
Thursday, March 8, 2012
Happy Weekend .. .
Hurm..ASAL hari jumaat je INGAT cuti...ASAL cuti jer INGAT sonok...Cuba klu hari Isnin..ASAL hari Isnin jer INGAT kerja..ASAL INGAT kerja je..INGAT busy..ASAL INGAT busy je..INGAT stress..huh...
Haaa..amik ko..bapa banyak ASAL INGAT tuh..
Hurm..apa aku merapu ne..tp,kn..korang pun mesti rasa cm aku rasa...suka hari JUMAAT..pasal bile berada di hari Jumaat..ingat weekend je la....Besh..Besh..Besh..
So, kite dah penat bekerja 5 hari seminggu...sabtu dan ahad adalah masa bersama keluarga pulak..So,weekend ne apa program korang??mesti ada yg nak bawak anak2 dn isteri berjalan-jalan..ada yg planning nak bercuti kat pulau2..dan ada yg plan dok rumah je..ok gak...
Tp, apa2pun planning dn program kite..pastikn keselamatan diri dn keluarga terpelihara..Pesanan ringkas sms khidmat masyarakat...
Orait...So, happy weekend la uols...
Tata..
Subscribe to:
Posts (Atom)