Thursday, January 19, 2012

Hasil lukisan budak 2 tahun





V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Hasilnyaa......


Well done damia...Huh....

10 Jenis Pekerja


1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc. 



2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.



3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya, macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah. 



4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works. 



5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution. 



6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular. 



7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.



8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious. 



9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja. 



10. WWE Wrestling 
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.

Tuesday, January 17, 2012

Kisah Cinta Kami (Episod 2)

Hehe....leh lak ada episod-episod plak..Ingat cete drama apa..Huhu...

Sambung lagi skit...Kami bahagia bersama dan berita gembira lagi selepas sebulan kami berkahwin..aku disahkn mengandung..Alhamdulillah . .atas rezeki mu Ya Allah..Zuriat penyambung cinta kami . .

So, selama 9 bulan 10 hari dia didalam rahim aku, tanggal 5 Januari 2010  jam 7.20 malam di Hospital PUSRAWI, Jalan Tun Razak lahirlah dia insan yang ditunggu-tunggu. Dia yang dimaksudkan adalah puteri penyambung ikatan cinta dan kasih sayang anatara kami...Nur Faqihah Damia Mohd Risham. Kini dh pun berusia 2 tahun.

 Makna disebalik nama 

Nur - Cahaya
Faqihah -  Cerdik
Damia - Kebijaksanaan

Moga namanya seindah orangnya juga...Harapan dan doa moga damia mama papa sihat..cergas..dn aktif selalu...Sayang kamu sgt2...

Hm..so penutup kisah cinta episod 2.....korang layan la gambar2 Damia dari lahir hingga kini. .orait..

Tata .. 


Baru Lahir (2.54 kg)
1 bulan (2.9 kg)

2 Bulan (3.5 kg)

3 Bulan (4.4 kg)

4 Bulan 
(5.6 kg)
5 Bulan
6 Bulan (6 kg)

7 bulan - 8 bulan
9 bulan -10 Bulan
1 Tahun (7.8 kg)

2 Tahun (10 kg)


Sunday, January 15, 2012

Kisah Cinta Kami . .(Episod 1)



Apa yang aku tahu pasal cinta?
Cinta..??Ada org kata cinta itu indah..dan ada juga org kata cinta itu buta..Sejauh mana kite menilai cinta..cinta bagiku memberi sinar bahagia jika kite pandai menjaganya...Apa2pun cinta sejati yang hakiki hanya kepadaNYA..

Cerita pasal perjalanan aku mencari cinta mungkin tak sehebat korang kot. Akunye kisah cinta biasa2 aje..Tp,sebelum aku kenal dia..aku dah jumpa macam-macam jenis lelaki...baik yang kaki pow duit..kaki amik kesempatan..kaki kuat cembura buta dn macam-macam lagi la..Alhamdulillah pada Ogos 2005 Alalh swt pertemukan aku dengan dia..

Kat mana tempat pertemuan kami erk?
Pasangan-pasangan bercinta yang lain biasanya jumpe di taman-taman...atau shopping complex..atau di pejabat mahupun kolej atau sekolah...Berbeza dengan aku kami bertemu di alam maya...kira ala-ala cinta mukabuka...Masa tu Fb mungkin belum famus mcm skunk..zaman aku dulu...zaman Myspace atau Friendster..So, aku kenal die di Myspace..Dia  yang start tegur aku dengan menghantar comment kt myspace aku..Mula-mula macam malas nak layan..Tp, tergerak ati gak nak balas comment dia..terus kiteorg bertukar no.hp..Di awal perkenalan cuma kawan biasa je atau lebih kepada kawan baik..aka bff la konon..Pasal die pendengar setia aku..Selalu aku cete pasal masalah dengan boyprend..Especially masa aku kenal nagn die aku dh ada boyprend puwn..Tp,jodoh nagn boyprend aku tu xpanjang...terus lepas tu dia cucuk jarum..dan bermulala bait-bait percintaan antara kami...chewah...

Pada permulaanya aku tak letakkan harapan yg tinggi dalam hubungan aku ngan dia...almaklumlah sebelum ne hampir 10 kali aku putus cinta...Aku sedikit fobia aka keciwa..Tp.. aku cuba juga untuk menyelami hati die..dan akhirnya cingta kami dapat bertahan sehingga 3 tahun lamanya...Dan..mungkin dia lah jodoh yang aku cari-cari selama ini..dan tanggal 14 Mac 2009 kami selamat disatukan dengan  berwalikan ayah ku sendiri. Masjid Muaz Al Jabar, Setiawangsa..menjadi saksi cinta kami bersatu...Syukur Alhamdulillah....


Hm..ok la..malas nak bebel panjang-panjang...busan nti..So,..korang layan la gambar-gambar kahwin kiteorg sampai lebam.hehehe...



So, korang doakanlah kebahagiaan kami hingga ke hujung usia.Orait.

Oppsss..ada episod 2 la..So..tunggu yeaa...

Tata....

Panduan Mendidik Anak . .


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Thursday, January 12, 2012

Wajah-Wajah Kesayangan hamba ..

Kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah berkorban nyawa...Ayah dan Emak tersayang...


Cinta Sejati saya...Mohd Risham Ramli..
Nyawa saya..Nur Faqihah Damia..

Tentang Empunya Blog. .

Nama : Nur Fauzana Binti Abu Kamar
Tarikh Lahir : 20hb..bulan Mei di tahun 1983
Status : dh kawen puwn
Anak : baru sorang je..(bila nak tambah eh..)
Hobi : Membaca..melayari internet...updated blog (baru punye hobi..)..Membaca...Menonton tv...
Kerjaya : Kerani capuk aje
Tempat Tinggal : Au3, Keramat
Asal : Rembau, Negeri 9
Kelulusan : Diploma Pengurusan Teknologi UTM
Cita-cita : Berjaya dalam hidup dunia dan akhirat


Sekian..biodata ringkas saya .. Tata....

Nur Fauzana ada blog jugak?

Apa yang beshnye ada blog ne eh?hm..actually aku suke baca blog org..dan aku tgk blog ne adalah salah satu tempat kite boleh meluahkan perasaan..gembira..sedih...mahupun becin...disamping berkongksi cerita ..atau lebih besh ibarat macam diari digital..eh yea kea..pandai2je..apa2 pun welcome to my blog...


Selamat Bertandang ke blog saya...Harap anda tidak busan dengan cerita saya...