Saturday, June 9, 2012
Tazkirah : Bacaan Talkin yang menginsafkan diri kita
Assalamulaikum w.b.t . .
Minggu lepas kami dikejutkan dengan pemergiaan suami kepada sepupu ku..actually klu ikutkn salasilah keluarga..pangkat ank saudara gak...pasal keluarga sebelah mak aku besar...Tp, ssb dr kecik ingatkn sepupu..sampai la ne igt sepupu..kunon xmo digelar mak sedara muda la..huhu...tp, sekurang2nya aku tau salasilah keluarga sebelah mak aku..
Tp, tu la..MATI tu pasti...mati itu xkira muda atau tua..andai sampai masanya malaikat maut tetap akan mencabut nyawa kite.....insaf bile dengar bacaan talkin..mula membayangkn dosa2 ku yg banyak..(apa ko nak jadi ne zana..) Moga aku sentiasa diberi kesedaran dn keinsafan....serta hidayah dan petunjukNYA agar aku sentiasa cuba berubah kepada yg lebih baik..Mudah-Mudahan...
Dengarkan bacaan talkim di bawah..Yang boleh menginsafkan kite semua...
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini
adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za
iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para
makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”
Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.”
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di
dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:
” Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”
Tuesday, June 5, 2012
Happy Besday atuk Mia Sara yang ke-57
Tarikh : 02 Jun 2012
Hari : Sabtu
Waktu : 11 malam - 12.30 malam
Siangnya aku, nenek Mia, Pak uda Mia balik Rembau coz nak hantar Induk dn dapat melawat Tok nyang Mia sekali. Balik hari aje. So, mlm kami sampai dalam kul 9 malam. Lotih gak la.
So, Sabtu malam xbudget la nak smbut besday atuk Mia..Rupa-rupanya adik2 lelaki aku dah plan awal2 cume aku je yg xtau...sampai ati xbgtau akak ko ne...bijak-bijak.....Tp, yang paling best TANPA pengetahuan atuk Mia....korang bayangkan muka atuk Mia yg serius dn ala2 garang diberi kejutan..Aku dengan nenek Mia dh pikir bukan2....
Tp, xsangka plan adik2 aku menjadi...Syabas bete..
Kebetulan atuk Mia kije shift petang..so abes kije dlm kul 11...Pak usu Mia buat2 la call atuk Mia..bunyi lebih kurang mcmane..
Pak su Mia : Ayah, ayah balik kul bape mlm ne?
Atuk Mia : 11
Pak su Mia : Ayah amik org kat IPB Baitulmal
Atuk Mia : Ok
Sampai kat IPB Baitulmal..
Pak su Mia : Ayah, pergi depan lagi kat restoran Arab
Atuk Mia : Hurm..ok
Depan Restoran Arab, Restoran Alrawsha..
Pak su Mia: Ayah..parking dulu
Atuk Mia : Diam je..(Nape plak ne...)
Pak su Mia : Masuk dalam jap yah..
Atuk Mia : Diam lagi..(Apa kena budak ne..)
Masuk dalam terus ayah nampak kiteorg..senyum lebar die...Terus kami ramai2 salam dn cium tangan sambil wish besday..Sangat tersentuh hati ne...
Kami sayang ayah sangat2...Jasamu tak terbalas oleh kami..Doa kami moga dirimu sentiasa sihat..dimurahkan rezeki...dan dipanjangkan umur..Amin...
Okla...Jom kite layan gambar2 dulu. .
Hari : Sabtu
Waktu : 11 malam - 12.30 malam
Siangnya aku, nenek Mia, Pak uda Mia balik Rembau coz nak hantar Induk dn dapat melawat Tok nyang Mia sekali. Balik hari aje. So, mlm kami sampai dalam kul 9 malam. Lotih gak la.
So, Sabtu malam xbudget la nak smbut besday atuk Mia..Rupa-rupanya adik2 lelaki aku dah plan awal2 cume aku je yg xtau...sampai ati xbgtau akak ko ne...bijak-bijak.....Tp, yang paling best TANPA pengetahuan atuk Mia....korang bayangkan muka atuk Mia yg serius dn ala2 garang diberi kejutan..Aku dengan nenek Mia dh pikir bukan2....
"nak ke ayah..."..
"jap g ayah balik gitu je...
"Ntah2 ayah marah "..
"Ntah2 ayah marah "..
Kebetulan atuk Mia kije shift petang..so abes kije dlm kul 11...Pak usu Mia buat2 la call atuk Mia..bunyi lebih kurang mcmane..
Pak su Mia : Ayah, ayah balik kul bape mlm ne?
Atuk Mia : 11
Pak su Mia : Ayah amik org kat IPB Baitulmal
Atuk Mia : Ok
Sampai kat IPB Baitulmal..
Pak su Mia : Ayah, pergi depan lagi kat restoran Arab
Atuk Mia : Hurm..ok
Depan Restoran Arab, Restoran Alrawsha..
Pak su Mia: Ayah..parking dulu
Atuk Mia : Diam je..(Nape plak ne...)
Pak su Mia : Masuk dalam jap yah..
Atuk Mia : Diam lagi..(Apa kena budak ne..)
Masuk dalam terus ayah nampak kiteorg..senyum lebar die...Terus kami ramai2 salam dn cium tangan sambil wish besday..Sangat tersentuh hati ne...
Kami sayang ayah sangat2...Jasamu tak terbalas oleh kami..Doa kami moga dirimu sentiasa sihat..dimurahkan rezeki...dan dipanjangkan umur..Amin...
Okla...Jom kite layan gambar2 dulu. .
| Yang diraikan...atuk Mia...Abu Kamar Samad |
Tengok la gelagat budak duaorg ne...jam dh kul 12..tp, masing2 segar bugar je...
Sunday, June 3, 2012
Wednesday, May 30, 2012
Impiana Resort, Cherating, Pahang
Hye uols...
Actually korang jgn igt tajuk di atas menggambarkn aku tgh seronok bercuti...ohtidak....
aku kena berkursus makna kata bekerja...
tp, tempat yg kitoerg berkursus ne besh jugak..mb sebab tepi pantai....
Dan, bagi aku tempat ne besh jugak utk percutiaan keluarga atau mood honeymoon..yea la tepi pantai..sejuk2 gitu...
Tempat ne kalau dr KL amik masa dlm 3-4 jam je..dan korang leh singgah beli kepok lekor..sata....sotong kering..ikan kering..dn macam2 la..
Jom tengok gambar yang sempat di capture..guna handphone je la...Lupe nak bawak camera..
Check out . .
Check out . .
![]() |
| Pantai Cherating di petang hari . . |
![]() |
| Antara hiasan landskap di Impiana Resort |
![]() |
![]() |
| Antara nama dewan kuliah di Impiana Resort |
![]() |
| Antara menu minum pagi yang ada . . |
![]() |
| Kawasan playhouse puwn ada. . |
![]() |
| Korang pernah jumpe sign toilet macamne... |
![]() |
| Kawasan resort penginapan.. |
![]() |
| Bilik kuliah..sangat besar dan selesa... |
![]() |
| Iklan kaki pulok ... |
![]() |
| With my bff . . |
![]() |
| Air basuh kaki puwn turut disediakan .. |
![]() |
| Di beranda bilik kami... |
![]() |
| Dalam bilik resort. . |
![]() |
| Cantikkn |
Sekian....
Friday, May 25, 2012
Air mata seorang isteri
![]() |
| Gambar hiasan semata-mata |
Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh kasih sayang & pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu di sepanjang hidupmu walau di saat kau terpuruk terlalu dalam.
Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakan pengabdiannya. Mungkin, kerana perbuatanmu, kau merosak kehidupannya. Saat dia menangis di hadapanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat & kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?
Subscribe to:
Posts (Atom)

































